You are on page 1of 7
Juma Dana Ponce SSN; 2682-626K | Vol 2, No.1, 227-253, 2020, ‘nip mas moe 20s moines pho abd Pengaruh Latar Belakang Keluarga Dan Pencapaian Akademik Pelajar Di SMK Bau (nfluence of Family Background and Student Academic Achievement at SMK Bau) ‘Melvin Anak Maxwell”, Shahlan Surat" * Falulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia *Pengarang Koresponden: elvinm2909@gmail.com Accepted: | April 2020 | Published: 15 April 2020 Abstrak: Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh latarbelakang ibu bapa dari segi pendidikan, pekerjaan dan pendapatan terhadap pencapaian akademik pelajar. Sokongan ibubapa menunjukkan nilai signifikan yang positif kerana mempunyai pembangunan diri yang positif dalam peningkatan prestasi akademik pelajar (Mahaffy, 2004) . Menurut Noor ‘Swadah & Zalinah (2013), dengan bimbingan dan galakan yang beterusan daripada ibubapa dan mereka yang di sekeliling dapat membantu pelajar mencapai kejayaan. Semakin kuat dorongan dan sokongan ibu bapa, semakin meningkat prestasi akademik pelajar dan sebaliknya. Seramai 93 responden tingkatan 1 dan 4 dari SMK Bau terpilih bagi menjalanken kajian ini. Soal selidik diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumat yang diingini. Analisis korelasi Pearson kajian dijalankan menggunakan SPSS ¥.22 dan Microsoft Excel untuk anatisis deskriptif kuantitatif. Kajian ini mendapati terdapat Imbungan signifikan yang lemah dengan ketiga — tiga pemboteh ubah tak bersandar iaitu pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa. Pendidikan ibu dan bapa, pekerjaan bapa dan pendapatan ibu bapa hanya memberi pengaruh yang kecil manakala pekerjaan ibu dan pendapatan ibu menunjukkan tiada kesignifikan terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan 1 dan 4 di SMK Bau. Kecemerlangan pencapaian akademik yang diperolehi pelajar bukan hanya kerana faktor latar belakang ibu bapa senrata - mata, Hasil kajian ini dapat menjadi panduan bagi pengkaji pada masa akan datang dan pihak yang berkaitan dengan institusi pendidikan. Kata kunci: latar belakang, pendidikan ibu dan bapa, perkerjaan ibu dan bapa, pendapatan ibu dan bapa, pencapaian akademik pelajar. Abstract: : This study was conducted to study the influence of parents ' background in terms of education, employment and income towards students ' academic achievement. Parental support shows a significant value positive as it has a positive self-development in the enhancement of student academic performance (Mahaffv, 2004). According to Noor Su'adah & Zalinah (2013), guided by guidance and encouragement from parents and those in the vicinity can help students achieve success. The stronger the encouragement and support of parents, is increasing the academic performance of the students and vice versa. A total of 93 respondents form 1 and 4 from SMK Bau were chosen to undertake this study. Questionnaires are distributed to the respondent in obtaining information. Pearson Correlation Analysis Research is conducted using SPSS V. 22 and Microsoft Excel for a quantitative descriptive analysis. This study found that there was a significant weak relationship with the third — three lean variables namely education, occupation and parent Copsrght © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - ll rights reserved SSN; 2582-8264 | 1 ‘nt mas income. Mother and father's education, father's work and parents ' earnings only had a small influence while mother and mother's earnings were not indicative of the academic achievement of Form 1 and 4 students in SMB Bau, Excellence of academic achievement gained by students is not just because of the background factor of the parents. The result of this study will be a guide for researchers in the future and parties related to educational institutions. Keywords: Background, mother and father's education, mother and father’s job, maternal and parent income, student academic achievement 1. Pengenalan Kajian ini mengkaji bubvngan keluarga secara langsung kepada perkembangan kanak — anak amnya dan pencapaian akademik khususnya, Kebelakangan ini, perubahan pada straktur dan dinamika keibubapaan dan kehidupan berkelnarga menjadi topik hangat yang mendorong minat kepada pendebatan keberkesanan dan tanggungjawab keibubapaan yang berkesan. Latar belakang keluarga yang baik menjamin kemandirian anak — anak dalam bidang pendidikan. Pendidikan, pekerjaan dan pendapatan isi rumah yang baik dapat membantu anak — anak dalam meningkatkan prestasi akdemik anak — anak di sekolah. Keluarga yang memiliki latar belakang sosioekonomi yang baik turut menyumbang kepada prestasi kademik anak — anak di sekolah. Pendidikan ibu bapa yang tinggi membolehkan ibu bapa mendapatkan pekerjaaan yang lebih baik dan seterusnya pendapatan yang tinggi. Ibu bapa yang memperolehi pendapatan yang tinggi dan mampu menyediakan keperluan pendidikan anak ~ anak bagi mencapai prestasi akademik yang baik. Faktor —faktor kajian akan dikaji samada akan memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. 2. Ulasan Kajian Lepas Penerangan Ulasan Kajian Lepas Ibu bapa merupakan elemen yang ditekankan dari segi penglibatan dan penyertaan dalam pembelajaran dan pengajaran malahan juga dari segi sokongan bagi merealisasikan Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sperti yang ditekankan dalam Anjakan ke 9. Kajian menunjukkan bahawa latar belakang keluarga berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah dari segi penyediaan suasana pembelajaran yang kondusif pemberian sokongan dan tunjuk ajar dalam proses pembelajaran anak di sekolah mahupun di rumah. Penglibatan ibubapa sebagai keluarga mahupun konmuniti memainkan peranan yang penting dalam penyediaan suasanan pembelajaran yang selesa untuk anak — anaknya (Epstien & Salinas, 2014). Menurut Forehead, Biggar & Kotchick (1998) hubungan yang kuat antara penglibatan ibubapa dengan pencapaian anak — anak di sekolah turut membantu dalam peningkatan keupayaan kendiri dan tingkahlaku yang baik di sekolah. Menurut Eshetu, AA, (2015) status pendidikan tinggi ibu bapa sentiasa memberikan imbuhan kepada anak — anak yang cemerlang dalam pendidikan. Ini disokong oleh Kapinga OS (2014) yang mendapati ibu ‘bapa yang berpendidikan tinggi lebih prihatin dan tal kepentingan ganjaran kepada anak — anak yang cemerlang dalam pendidikan bagi memotivasikan anak — anak agar terus cemeriang dalam pelajaran. Menurut Azhar et al. (2013) ibu bapa yang berpendidikan lebi, memahami keperluan anak ~ anak bagi mendapatkan pendidikan yang terbaik. Ini disokong oleh dalam kajian Flecha (2012) yang menyatakan tahap pendidikan ibubapa mempengaruhi pencapsian akademik pelajar. Smoke (2013) juga menyokong pendapat itu dalam kajiannya dengan menyatakan ibu bapa yang berpendidikan tinggi menunjukken pengaruh yang besar 228 Copsrght © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - ll rights reserved kepada anak — anak bagi mencapai pencapaian akademik yang baik. Menurut Kainuwa & Joseph (2013) ibu bapa yang berpendidikan tinggi mampu menjadi guru kepada anak ~ anak: di rumah secara akademik kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik. Jadual dan Rajah Hasil analisis data akan menjawab persoalan kajian di atas dan menjelaskan hubungan dan dapatan yang mampu menjelaskan persoalan kajian ini. Jadual 1. Bilangan Pelajar Mengikut Keputusan Peperiksaan Responden Keputusan Peperiksaan Bilangan Pelajar Peratusan (%) 4A 16 17 BA v7 19 2A 30 32 1A 30, 32 Jum 100 Daripada maklum balas dari responden seramai 16 atau 17% pelajar yang memperolehi melebihi 4A keatas, 17 atau 18% mendapat 3A keatas, 30 atau 32% memperolehi 2A keatas dan 30 atau 32% yang mendapat 1A keatas bagi peperiksaan UPSR dan PT3. Pelajar yang mendapat 2A dan 1A keatas merupakan jumlah terbesar iaity berjumlah 64% daripada responden. Jadual 2. Kerjaya ibu bapa responden Kerjaya Thu Bapa Bapa Tou Sumlah Peratusan Profesional 21 17 38 20% Bukan Profesioanal 72 16 148 80% Tumlab 33 38 186 100% Seramai 21 orang bapa dan 17 ibu yang berkerja sebagai seorang professional seperti seorang. guru, jurutera, jururawat dan kakitangan kerajaan dan swasta yang telah mendapat latihan profesional dalam kerjaya mereka manakala 72 orang bapa dan 76 ibu yang berkerja sebagai bukan professional seperti buruh kasar, petani, peniaga dan juga surirumah sepenuh masa. Ibubapa yang berkerja dalam bidang buken professional adalah yang terbanyak iaitu 80% iaitu seramai 148 orang ibu dan bapa. Jadual 3, Pendidikan Ibu Bapa Responden Kerjaya Ibu Bapa Bapa Thu ‘Tuma Peratasan ‘Sarjana T 0 T 05% Ijazah Sarjana Muda 4 3 9 Diploma 8 9 7 SPM 38 36 4 PMR/SRP 28 24 52 ‘Sekolah Rendah 14 19 33 Tamia 33 33 186 700% 229 Copsrght © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - ll rights reserved Soal selidik dalam bidang pendidikan keluarga pula seramai seorang bapa atau hanya 0.5% memiliki pendidikan peringkat sarjana dan tiada ibu yang memiliki pendidikan peringkat Sarjana. Bagi pendidikan peringkat Tjazah Sarjana Muda, seramai 4 orang bapa dan $ orang ibu atau seramai 4.8% ibu dan bapa yang memilikinya. Seramai 8 orang bapa dan 9 orang ibu memiliki Diploma iaitu 9% daripada ibubapa responden, Seramai 38 bapa dan 36 ibu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia iaitu 39.7% ibubapa responden. Bagi yang mendapat pendidikan hanya pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Rendah Pelajaran seramai 28 bapa dan 24 atau 28% daripada ibubapa respondea, Ibu bapa yang hanya mendapat pendidikan hanya pada sekolah rendah seramai 14 orang bapa dan 19 ibu atau sebanyak 18%. Dalam soalan selidik terhadap pendidikan ibu bapa, pendidikan pada peringkat Sijil pelajaran Malaysia adalal yang tertinggi iaitu seramai 39.7%. Jadual 4. Pendapatan Ibu Bapa Responden Pendapatan Ibu Bapa Tow Suma Peratusan Bapa RM 5,000 ke atas 15 6 21 11% RM4,000 ke atas 8 8 16 9% RM3,000 ke atas 15 5 20 11% RM 2,000 ke atas 32 uW 43 23% RM 1,000 ke atas 7 v7 34 18% kurang RM1,000 6 46 52 28% Tumlah 33 33 186 100% Pada soal selidik mengenai jumlah pendapatan ibu bapa sebulan, seramai 21 pasangan ibu bapa yang memerolehi pendapatan melebihi RMS000 keatas iaitu sebanyak 11%. 16 pasangan memperolehi pendapatan RM 4000 keatas atau 9%, 20 pasangan melebihi RM3000 keatas atau 11%, 43 pasangan memperolehi pendapatan berjumlah RM2000 keatas atau 23%, 34 pasangan mendapat pendapatan sebanyak RM1000 keatas atau 18% dan 52 pasangan perolehi kurang daripada RM1000 atau 28%. Ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1000 sebulan merupakan bilangan yang tertinggi iaitu sebanyak 28% daripada responden. Jadual §. Analisis Korelasi Pearson Latar Belakang Keluarga Mean Std. Deviation Pearson Sig. (2-Talled) Correlation ‘Keputusan 2.80 1.079 1 93 Peperiksaan Pekerjaan 1.77 233* 93 Bapa Pekerjaan 1.82 389 143 171 93 Ibu Pendidikan 5.40 1.054 091 384 93 Bapa Pendidikan 5.46 1.089 -.039 7 93 Ibu Pendapatan 3.49 1472 194 062 93 Bapa Pendapatan 4.75 1613 002 986 93 Ibu Pendapatan 4.80 1.449 140 181 93 Ibubapa 230 Copsrght © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - ll rights reserved SSN; 2582-8264 | 1 ‘nt mas Hasil analisis korelasi terhadap sampel kajian (n = 93) didapati seperti mana dalam Jadual 4 diatas menunjukkan nilai pekali korelasi ialah ¢ =( .233*) iaitu terdapat suatu hubungan positif yang lemah diantara keputusan peperiksaan pelajar (M 2.80, SD ~ 1.0790) dengan pekerjaan bapa ( M = 1.77, SD = 420). Daripada nilai yang diperolehi terdapat hubungan ‘yang signifikan diantara keputusan peperiksaaan dan perkerjaan bapa pelajar di SMK Bau. Seramai 23% orang bapa yang terlibat dalam kerjaya professional dan 77% dalam bidang bukan profesioanal. Peratusan yang lebih besar bapa yang terlibat dalam Kerjaya bukan professional. Pekerjaan seseorang bapa tidak menunjukkan hubungan signifikan yang kuat tethadap keputusan peperiksaan seseorang pelajar. Bagi analisis Korelasi keputusan peperiksaaan dan perkerjaan ibu dapat dirumuskan terhadap sampel (n =93) dalam Jadual 4 diatas yang menunjukkan nilai pekali korelasi r ialah .143 ;p< 0.5 iaitu suatu hubungen positif yang sangat lemah diantara keputusan peperiksaan pelajar (M =2.80, SD = 1.0790) dengan pekerjaan ibu(M =1.82, SD = 389). 76% ibu yang terlibat dalam bidang kerjaya bukan profesional dan surirumah sepenuh masa, Hesil analisa mendapati terdapat hubungan yang signifiken yang sangat lemah diantara keputusan peperiksaan pelajar (M =2.80, SD = 1.079) dengan perkerjaan ibu(M — 1.82, SD ~ .389). Jadual 4 diatas menunjukkan nilai pekali korelasi terhadap sampel (n= 93) ialah keputusan peperiksaan dan pendidikan bapa dengan nilai .091 ;p< 0.5 iaitu suatu hubungan positif yang sangat leah diantara keputusan peperiksaan pelajar(M =2.80, SD = 1.0790) dengan pendidikan bapa(M = 5.40, SD = 1.054). Terdapat perfubungan yang signifikan yang lemah diantara keputusan peperiksaan pelajar dan pendidikan bapa di SMK Bau. Jadual 4 diatas menunjukkan nilai pekali korelasi ke atas sampel ( n = 93), keputusan peperiksaan dan pendidikan ibu ialah -.039 :p< 0.5 iaitu suatu hubungan negatif yang lemah diantara keputusan peperiksaan pelajar(M =2.80, SD = 1.079) dengan pendidikan ibu(M ~ 5.46, SD = 1.089). Tiada hubungan yang signifikan diantara keputusan peperiksaan dan pendidikan ibu. Analisis ujian ke atas sampel (n = 93 ) dinyatakan seperti Jadual 4 diatas. Jadual_menunjukkan nilai pekali Korelasi ialah .194 p< 0.5 iaitu suatu hubungen positif yang sangat lemah diantara keputusan peperiksaan pelajar(M =2.80, SD = 1.079) dengan pendapatan bapa(M ~ 3.49, SD = 1.472). Terdapat hubungan yang signifikan yang lemah diantara keputusan peperiksaan dan pendapatan bapa, Jadual 4 mempamerkan analisis ujian ke atas sampel (n = 93 ) terhadap keputusan peperiksaan dan pendapatan ibu diatas menunjukkan nilai pekali korelasi ialah .002 ;p< 0.5 iaitu suatu hubuagan positif yang sangat lemah diantara keputusan peperiksaan pelajar (M =2.80, SD = 1.079) dengan pendapatan ibu (M =4.75, SD = 1.613). Tiada hubungan yang signifikan diantara keputusan peperiksaaan dan pendapatan ibu pelajar di SMK Bau 3. Perbincangan dan Kesimpulan Kajian terhadap pendidikan ibu dan bapa, pekerjaan ibu dan bapa serta pendapatan ibu dan bapa terhadap pencapaian akademik pelajar di SMK Bau bagi melihat pengaruh setiap komponen yang dikaji dalam prestasi akademik pelajar di sekolah ini. Dengan kedudukan SMK Ban yang terletak di pinggir bandar, responden yang dikaji terdiri daripada pelajar yang tinggal di kampung — kampung dan penempatan persekitaran yang berdekatan. Populasi ibu bapa responden terdiri daripada penduduk kampung dan pekerja institusi kerajaan dan swasta yang berdekatan, Kebanyakan ibu bapa responden memiliki taraf pendidikan yang rendab, Dengan pendidikan yang rendah ibu bapa melakukan pekerjaan yang mendatangkan pendapatan yang rendab. Latarbelakang keluarga yang bail menjamin kemandirian anak — anak dalam bidang pendidiken. Pendidikan ibubapa dan pendapatan isi rumah yang baik dapat membantu anak ~ anak dalam meningkatkan prestasi akdemik anak — anak di sekolab, Keluarga yang memiliki latarbelakang sosioekonomi yang baik turut menyumbang kepada prestasi kademik anak — anak di sekolah. Pendidikan ibubapa yang tinggi membolehkan 231 Copsrght © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - ll rights reserved SSN; 2582-8264 | 1 ‘nt mas ibubapa mendapatkan pekerjaaan yang lebih baik dan seterusnya pendapatan yang tinggi. Ibu bapa yang memperolehi pendapatan yang tinggi dan mampu menyediakan keperluan pendidikan anak — anak bagi mencapai prestasi akademik yang baik. Dengan ini, mereka akan sentiasa memerhatikan anak — anak mereka agar mendapatkan pembelajaran dan pengajaran yang terbaik. Mereka juga akan menyediakan suasana yang kondusif bagi anak — anak agar proses pembelajaran dapat mencapai tahap yang optimum. Daripada dapatan kajian yang dibuat, dapat dirumuskan bahawa pendidikan ibu bapa, —pekerjaan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa mempunyai hubuagen yang signifikan yang lemah dengan pencapaian akademik pelajar di SMK. Bau, Ibu bapa yang berpendidikan lebih memahami keperluan anak — anak bagi mendapatkan pendidikan yang terbaik buat anak - anak. Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian akademik anak — anak. Semakin tinggi tabap pendidikan ibu bapa, semakin berjaya anak — anak dalam pendidikan kerana terdapat perhubungan dua hala di antara ibu bapa dengan anak - anak. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi bersikap lebih liberal dan senantiasa melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran anak — anak serta mengambil tabu perkembangon akademik anak — anak. Dapatan kajian yang dibuat ke atas 93 orang responden di SMK Bau menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan yang lemah di antara pendidikan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan ibu bapa tidak mempunyai hubungan ‘yang kuat bagi seseorang pelajar untuk memcapai prestasi akademik yang baik. Pekerjaan ibu ‘bapa yang Kurang baik tidak membantu anak — anak mencapai prestasi yang baik dalam pelajaran. Dengan ujian korelasi yang dilakukan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang lemah diantara pekerjaan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar di SMK Bau. Apa saja pekerjaan ibu bapa tidak mempengaruhi pencapaian akademik di sekolah ini meskipu ibun bapa memiliki pekerjan yang sangat baik. Pendapatan keluarga yang tinggi dan sederhana mampu menyediakan keperluan pembelajaran oleh ibu bapa bagi membantu pelajar bagi mencapai pencapaian yang baik. Pendapatan yang diperolehi ibu bapa dapat membantu menyediakan keperluan anak ~ anak bagi mencapai prestasi akademik yang lebih baik. Ini menunjukkan pengaruh pendapatan pasangan ibu bapa dalam meransang dan mendorong kepada pencapaian akademik yang lebih baik. Namun begitu dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan siginiken yang lemah diantara pendapatan ibu bapa dan pencapaian akademik di SMK Bau. Jumlah pendapatan ibu bapa yang tinggi tidak menjamin bahawa prestasi akademik anak — anak akan lebih baik. Hasil daripada kajian yang tela dibuat ke atas responden di SMK Bau, dapat dicadangkan agar ibubapa_menyedari kepentingan pendidikan dalam institusi keluarga. Tbu bapa yang berpendidikan akan menggalakkan anak — anak bagi mendapatkan pendidikan yang lebih baik daripada mereka Daripada pendidikan yang baik, keutuhan keluarga lebih terjamin dan seterusnya pendidikan anak —anak menjadi lebih baik. Rujukan Abdul Mugsith Ahmad (2013), Faktor Yang Mempengaruhi Perbezaaan Pencapaian Akademik Pelajar Lepasan Diploma Politeknik Dan Matrikulasi Terhadap Subjek Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn, Duncan Berinau Anak Agun, Anuar Ahmad (2016). Living In The Longhouse And Iban Student Academic Achievement: Issues And Challenges, Universiti Kebangsaan Malaysia. Fazliana Othman (2006). Hubungan Status Sosioekonomi Keluarga Dengan Pencpaaian Pelajar Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Di Dua Buah Sekola Daerah Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia. 232 Copsrght © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - ll rights reserved SSN; 2582-8264 | 1 ‘nt mas Ganesan Kamoo & Norani Mohd Salleh (2014). Pengaruh Struktur Keluarga Dan Stail Keibubapaan Terhadap Pencapaian Akademik Murid India Di Sekolah Menengah Rendah, Jurmal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 2, University Malaya Ghazali Darulsalam & Sufean Husin (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya. Kevin Marjoribanks (2017). Families And Their Learning Environment, An Empirical Analysis. Vol 34. . New York. Routledge Taylor & Francis Group Leon Feinstein, Kathryn Duckworth & Ricardo Sabates (2008). Education And The Family Passing Succes Across The Generations, . New York. Routledge Taylor & Francis Group Mohamead Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanen, Amir Hasan Dawi (2009)Status Sosioekonomi Dan Komitmen Ibu Bapa Terhadap Peneapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah Malaysia, TUM é& UPSI Mok Soon Sang (2008).Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran, Puchong Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ngu Leh Seng, Zahyah Hanafi & Muhajir Taslikhan (2016).Influence Of Parental Involvement On Academic Achievement, University Utara Malaysia. Norazlinda Saad (2006). Meritokrasi: Sosicekonomi Dan Peluang Pendidikan Tinggi, Universiti Utara Malaysia. Norhaida Shaarani, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri, Nor Rosmawati Abdul Karim, Farah Mohd Shahwahid & Haliyana Tonot (2015). Mengkaji Hubungan Sokongan Tbu Bapa Terhadap Prestasi Akademik Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Jabatan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Dan Muamalah, KUIS Zahyah Hanafi (2008). The Relationship Between Aspects Of Sosio-Economic Factors And Academic Achievement, Jurnal Pendidikan Vol.33, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zulkifli Et. Al (2001). Hubungan Antara Penglibatan Tbubapa Dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Di Negeri Selangor, Jumal Islam Dan Pengajian Arab, Universiti Putra Malaysia. Copsrght © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - ll rights reserved

You might also like