Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari mencuba mengendali jentera potong padi ketika lawatan ke sawah padi di Jalan Parit 1, Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam pada 11 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Perluas kaedah tanam padi Sekinchan ke jajaran lain, tingkat hasil kualiti tinggi

SHAH ALAM, 18 JAN: Kaedah tanaman padi di Sekinchan, Sabak Bernam akan diperluas ke jajaran lain bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi berkualiti tinggi.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif itu bukan hanya tertumpu kepada penggunaan jentera sebaliknya turut melihat aspek pengendalian dan penjagaan tanaman.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor bagi Program Kecerdasan Buatan (AI) Nusantara di Double Tree Hilton, Shah Alam pada 18 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Pengeluaran padi Sekinchan agak tinggi dan berbeza dengan hasil di Tanjong Karang, Sungai Panjang sampailah Sabak Bernam. Jadi kita mahu kembangkan ke seluruh kawasan.

“Kita akan lihat beberapa teknik dan kaedah penjagaan sepanjang musim padi. Bukan hanya tumpu 3T iaitu tanam, tinggal dan tuai. Perlu ada penyelenggaraan dan penjagaan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Ditemui pada majlis graduasi pelajar Sekolah Digital Selangor di sini hari ini, beliau berkata usaha berkenaan akan diurus EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim serta EXCO Pembangun Desa Datuk Rizam Ismail.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Galeri Padi dan Pusat Jualan Beras, Sekinchan pada 5 Januari 2024. Foto Facebook Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan hasil padi di Sekinchan merupakan antara yang tertinggi dalam negara dengan setiap hektar mampu menghasilkan sebanyak 12 tan padi berbanding negeri lain.

Beliau berkata selain sistem pengairan berkesan, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IoT) turut diterapkan bagi meningkatkan hasil tuaian.

Pada Selasa, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata inisiatif Gelombang Padi digerakkan tahun ini bagi mengangkat industri beras negara ke tahap lebih cekap dan berdaya tahan.

Mohamad berkata pihaknya menggariskan 12 program dalam inisiatif itu termasuk memperkenalkan dasar baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS).

Ahli Dewan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim menunjukkan padi wangi MRQ 88 yang ditanam secara meluas di Sekinchan pada 17 Jun 2020 . Foto Facebook Ng Suee Lim

Pengarang :